0pening 0f all matter

Pages

Followers

Balqis

pangkat dan jua harta..tak menjamin bahagia..cantik dan keayuan wajah..kan pudar akhirnya...kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina..itu hanya di pandangan mata..kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa..kesempurnaan Tuhan menilainya..._Balqis by UNIC

Saturday, October 15, 2011

DOAKU..

_Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani_ Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga, dan para sahabatnya. Ya Allah, dengan al-Quran, kurniakanlah rahmatMu kepadaku. Jadikanlah al-Quran sebagai imam, cahaya, hidayah, dan sumber rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah aku sekiranya aku lupa mengingatinya. Ajarkanlah apa yang aku tidak fahami dan tidak tahu. Kurniakanlah kepadaku kenikmatan membacanya setiap waktu, baik di tangah malam atau siang hari. Jadikanlah al-Quran bagiku sebagai hujah (pembela), ya Rabbal ‘Alamin. Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagiku dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagiku. Kurniakanlah kebaikan kepadaku di dunia, yang merupakan tempat aku menjalani kehidupan. Kurniakanlah kebaikan akhirat, yang merupakan tempat dimana aku akan kembali. Jadikanlah kehidupanku agar sentiasa baik. Jadikanlah kematianku sebagai kebebasan aku dari segala keburukan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku sehingga akhir hayatku, jadikanlah sebaik-baik amalanku sehingga akhir hayatku, jadikanlah sebaik-baik hariku sehingga saat aku bertemu denganMu. Ya Allah, aku memohon kepadaMu kehidupan yang lapang, kematian yang menyenangkan, dan tempat kembali yang tidak menyedihkan serta terhindar daripada bencana. Ya Allah, aku memohon kepadaMu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amalan, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, dan sebaik-baik kematian. Kuatkanlah aku, tingkatkan keimananku, tinggikan darjatku, terimalah solatku, ampunkanlah dosa-dosaku, dan aku memohon kepadaMu syurga yang tertinggi. Ya Allah, aku memohon kepadaMu akan rahmatMu, keampunan dariMu, keselamatan dari segala dosa, keuntungan dari sebarang kebajikan, dan kemenangan mendapatkan syurga serta keselamatan dari api neraka. Ya Allah, kurniakanlah kebaikan bagi kami dalam segala urusan, berikanlah pahala kepada kami dari setiap penderitaan dunia dan seksaan akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami rasa takut kepadaMu, yang menghalang kami dari perbuatan maksiat kepadaMu da anugerahkanlah kami ketaatan kepadaMu yang akan membawa kami ke syurgaMu, anugerahkanlah juga keyakinan yang akan meringankan kami dari segala musibah di dunia ini. Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kapada kami melalui pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan ke atas mereka yang menganiaya kami, dan tolonglah kami daripada orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan musibah di dalam urusan agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita kami yang terbesar dan puncak dari ilmu kami. Janganlah Engkau berikan kekuasaan kepada kami ke atas mereka yang tidak mengasihi kami. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami melakukan dosa, melainkan Engkau mengampunkannya. Tidak ada kebuntuan kecuali Engkau berikan jalan keluar, tidak ada hutang kecuali Engkau melunaskannya, dan tidak ada satu permintaan dunia dan akhirat kecuali Engkau memenuhinya, wahai Tuhan semesta alam. Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebajikan didunia dan kebajikan diakhirat, serta hindarkanlah kami dari api neraka. Semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad, keluarga, serta para sahabatnya yang terpilih.

No comments: